Bidadari
merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki
syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya
adalah di kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri
solehah merupakan ketua kepada segala bidadari-bidadari).
Berjihad / berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang
akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar Nabi SAW
dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun
berapa umurnya maka akan ditanya di manakah masa mudanya dihabiskan.
Rasulullah saw bersabda,
Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya. – (Hadith sahih riwayat Tirmizi).
Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.
Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. -QS. ar-Rahman (55):58Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. - QS. ar-Rahman (55):70(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah. - QS. ar-Rahman (55):72Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. QS. ar-Rahman (55):74
‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam
kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai).
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib
(berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah
untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah
tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang
paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.
Mendengar
berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak
tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi disebabkan sahabat
ini malu hendak bertanyakan kepada Nabi saw,kerana malu kepada
sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah
sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan
tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga
turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama
sekejap.
Tiba-tiba
dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang
sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih
lagi cantik dan muka yang berseri-seri, lalu di tanya sahabat ini, di
manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah
syurga,tiba-tiba dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul
Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi), lalu ditunjuknya di
suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau
mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang
sebegitu,tak pernah dilihat di dunia ini, lalu diberikan salam dan
sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh
tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita), saya penjaganya,
Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan
mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda
daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata
perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah
ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya
penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,
lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya
sungguh mengkagumkan, lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan
mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama
dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi, dan
tidak pernah di lihat di dunia, lalu wanita itu berkata, akulah Ainul
Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku, bila
lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid
lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu
dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia
memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW, tapi
sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw
di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda
tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke
masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan
untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan
sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan
menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi
saw menjawab benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya
nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini
dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..
No comments:
Post a Comment