Popular Posts

Tuesday 14 February 2012

Kahwin muda itu adalah terbaik dan terindah...^^




Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak mud
a yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

♥ Lima Jambatan keHidupan ♥

1.Jambatan terpendek adalah: PUTUS ASA ♥
2.Jambatan terpanjang adalah: PENGHARAPAN ♥
3.Jambatan terkuat adalah: IMAN ♥
4.Jambatan termahal adalah: PENGORBANAN ♥
5.Jambatan terindah adalah: KASIH SAYANG ♥
Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi 
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Monday 13 February 2012

^^

♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Sesungguhnya Hati Ini Tidak Pernah MENDAMBAKAN Seorang Insan Yang SEMPURNA Tuk Menjadi TEMAN HIDUPKU,
Namun,Cukuplah Diriku Merasa SEMPURNA Pabila Memiliki Dirinya,
Dan Dapat Membuatnya SEMPURNA Di MATAMU..
Amin Ya Rabb..
♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•


memaafkan dan melupakan itu baik, namun ingatan akan kekal sebagai pengajaran.. berbuat baik itu mulia, namun menzalimi diri sendiri itu berdosa.. hati2 dengan percaturan hidup, tersilap langkah.. gelap untuk menapak, namun indahnya islam akan mencerahkan setiap fikiran yang buntu, setiap hati yang pilu, setiap suara yang membisu dan setiap kelam yang mmbelenggu.. kerana CINTA ALLAH SWT yang RAHIM lagi QUDDUS itu mengatasi segalanya.. doa adlah senjata org muslim.. yg mmbuatkan org takut menjadi berani...yg mmbuatkan org tidak percaya menjadi percaya.... indahnya tawaqal itu hanya ALLAH yang tahu.... ♥ percaya padanya.. :))

Aku Tak BerDaya...^^

Masa yang terindah
Kini semua telah berakhir
Karena kau berubah
Tak seperti dulu lagi

Sampai kapan kamu sering menyalahi hatiku
Tak pernah kau tahu begitu sakitnya aku
Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu

Delima untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu
Biarkanku bersalah di depan mukamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta

Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu
Delima untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu

Biarkanku bersalah di depan mukamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta

Sunday 12 February 2012

¸.•❤ HARAPAN SEORANG MUSLIMAH ¸.•❤

¸.•´✿♫•*¨*•.¸¸❤ ✿♫•*¨*•.¸¸❤✿♫•*¨*•.¸¸❤ ✿♫•*¨*•.¸¸❤✿♫•*¨*•.¸¸❤
Nanti.. jika saya punya anak, saya akan mengajarkannya terlebih dahulu tentang alif-ba-ta-tsa sebelum diajarkan oleh guru mengajinya.. sehingga, ketika di hari kemudian, ada pertanyaan: Siapa yang mengajarimu alif-ba-ta-tsa pertama kali? Dia akan menjawab: Ummi..♥

MasyaAllah.. hanya Allah yang tahu apa yang tersirat dan diinginkan oleh hati ini.. terlalu inginkan..InsyaAllah.. :)
¸.•´✿♫•*¨*•.¸¸❤ ✿♫•*¨*•.¸¸❤✿♫•*¨*•.¸¸❤ ✿♫•*¨*•.¸¸❤✿♫•*¨*•.¸¸❤

^__^

HEBATNYA cinta dia ! mencintaiku KERANA agama BUKAN rupa , menyayangiku TANPA mahu BERJUMPA ! merinduiku DALAM solat MALAM nya ! menanti JAWAPAN ku dalam ISTIKARAH cintanya ! menjahuiku KERANA ingin mencapai REDHANYA !

menjagaku MELALUI keluarganya ! menudukkan PANDANGANnya demi IMANnya ! YA DIALAH BAKAL SUAMIKU kerana HANYA KAU DALAM ISTIKARAHKU selama ini ♥

Blink2...^^

~✿..Jika rindu ini bertatah, aku BERHARAP biarlah untuk Allah..andai rindu ini menarik resah..aku PASRAH, andai pencarian ini masih BELUM KUTEMUI..Ya Allah damaikanlah hatiku ini, biarlah resah menarik sepi..biarlah kecewa meratap PERGI, biarlah kasih mengikat diri..Ya Muhaimin kepadaMu aku MENGADU HATI, SERIKANLAH taman hati bukan pada fikiran yang belum layak buat diriku tapi pada REDHAMU..✿~

✿~..Saat aku merinduinya..lebih kuat aku BERMUNAJAT kepadaMu..lebih pantas aku MENINGKATKAN dan MEMPERBAIKI keperibadianku..Ya Allah, hanya Engkaulah PENYUSUN terbaik buatku...

KiSah SeOrG LeLaKi KuRg IlMu M'CiNtAi SeOrG GaDiS Yg TiNgGi IlMu...^^

Seorang budak lelaki kurang ilmu mencintai seorang gadis yang tinggi ilmunya yang merupakan anak imam masjid ..... Satu hari budak itu melamar gadis itu. Kemudian gadis itu berkata, "Dengar sini! Ilmu awak cuma setakat darjah enam ialah berbanding saya pelajar Univeristi Al Azhar.... ...... ...

Macam mana saya nak terima awak? Bagaimana awak boleh terfikir bahawa saya mahukan awak? Saya tidak aka...n menyukai awak kerana saya adalah anak kepada imam masjid Kampung Pisang ... Jadi, lupakan saya dan cari orang yang sama taraf dengan awak. " Tetapi entah bagaimana budak lelaki itu tidak dapat melupakannya begitu mudah. 10 tahun kemudian.

Satu hari mereka bertembung di sebuah pusat tahfiz. Gadis itu berkata, "Assalamu'alaikum wbt! Awak! Apa khabar? Sekarang saya berkahwin. Adakah awak tahu siapa suami saya? Suami saya adalah lepasan Al Azhar Awak boleh bayangkan? Dan dia juga sangat soleh. " Mata lelaki itu dapat basah dengan air mata setelah mendengar kata-kata gadis itu.

Setelah beberapa minit suaminya datang sebelum gadis itu boleh mengatakan sesuatu kepada lelaki itu, suaminya mula berkata apabila melihat lelaki itu. "Tuan Syeikh! Anta di sini? kenalkan isteri ana." Kemudian dia berkata kepada isteri beliau, "Ana amat terhutang budi kepada jasa tuan syeikh kerana banyak memberi dan mengajar ilmu agama kepada ana....Kalaulah tanpa tuan..... Dan ingin tahu satu fakta? Tuan syeikh mencintai seorang gadis tetapi dia tidak dapat perempuan itu. Itulah sebabnya mengapa dia masih belum berkahwin. Sungguh bertuah gadis itu dihatinya, bukan?....

Moral dari cerita ini.... Hidup tidak begitu singkat. Jadi, jangan berbangga dengan diri sendiri dan memperbodohkan orang lain. Situasi boleh berubah dengan masa. Setiap orang harus menghargai cinta..yang paling penting cinta Ilahi ... hargailah semoga kamu dicintai oleh semua ya ..... Jangan menyesal di kemudian hari.. jangan menghina orang lain kerana Allah sentiasa melindungi hamba2 yang disayangiNya iaitu wali2 Allah .... semoga menjadi iktibar kepada kita semua ....~

Friday 10 February 2012


Tiada kusangka sejak detik itu
Kau membuka pintu kamar dihatiku
Cinta yang terhampar satu tika dulu
Bersinar kembali
Andainya dikau mencuri hatiku
Dengan kejujuran dan tingkah lakumu
Memberikan aku satu keyakinan
Mendungkan berlalu

Akan kupertahankan cinta ini
Demi kesetiaan kupadamu
Akan kutempuhi onak duri
Demi untukmu bidadari
Percayalah janjiku ini

Andainya kau jauh dariku
Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni

Akan kupertahankan cinta ini
Demi kesetiaan kupadamu
Akan kutempuhi onak duri
Demi untukmu bidadari
Percayalah janjiku ini

Andainya kau jauh dariku
Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni

Andainya kau jauh dariku
Dekat dihatiku
Andainya kau yang pergi dulu
Hampalah cintaku
Jangan tinggalkan ku
Jangan persiakan cinta yang murni