Kebanyakan daripada rumah tangga runtuh yang bermasalah sejak hari
pertama tak lain tak bukan adalah kerana kedua-dua orang yang terlibat
tersalah pilih pasangan, itu sahaja. Pilihan pasangan hidup anda adalah
lebih penting dari apa jua yang anda lakukan untuk membahagiakan rumah
tangga anda. Itu mungkin bunyinya seperti mudah sahaja dilakukan, tetapi
anda akan terkejut dengan peratusan tinggi orang yang tidak sabar sabar
melangsungkan perkahwinan sehingga mereka tidak menumpukan masa dan
usaha yang diperlukan untuk membuat keputusan yang baik. Jika anda ingin
memastikan perkahwinan yang memuaskan dan berkekalan, timbangkan
factor-faktor berikut :
1. TEMPOH MASA PERKENALAN.
Kajian
menunjukkan bahawa pasangan yang telah berkenalan selama dua tahun atau
lebih kesemuanya lebih berpuas hati dengan perkahwinan berbanding
pasangan yang berkenalan dalam jangka masa yang lebih pendek. Apabila
pasangan bersedia mengambil keputusan yang melibatkan perkahwinan
selepas hanya berkenalan selama beberapa bulan, keputusan itu
kebanyakannya lebih berdasarkan khayalan dan kurang berdasarkan hakikat .
2. MEMILIH PASANGAN SENDIRI
Orang
sering memilih pasanagn semata mata untuk menggembirakan orang lain
ayah , ibu atau kerana orang menyuruh mereka berkahwin. Tetapi amat
penting agar orang yang hendak kahwin itu sendiri gembira denagn
pilihannya. Keputusan anda hendaklah dibuat berasaskan keperluan dan
impian anda sendiri. Anda juga patut mendengar pendapat sahabat handai
dan kaum keluarga dengan teliti, tapi jangan sampai biarkan orang lain
memilih pasangan hidup anda.
3. HARAPAN YANG TIDAK WAJAR TENTANG PERKAHWINAN
Kebanyakan
rumah tangga gagal kerana tidak mendapat apa yang mereka impikan
sebelum berkahwin. Ramai lelaki dan wanita memasuki alam perkahwinan
dengan sangkaan bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan
mereka dan bahawa perasaan romantik mereka semasa bercinta akan kekal
abadi. Sebenarnya rumah tangga yang bahagia memerlukan begitu banyak
usaha, kesabaran dan ketabahan.
4. MASALAH KEPERIBADIAN DAN TINGKAH LAKU
Keperibadian
dan tingkah laku tidak akan hilang apabila anda berkahwin. Jika
terdapat cirri-ciri keperibadian dan tingkah laku pasangan anda yang
menimbulkan persoalan, seperti cemburu, panas baran, tidak
bertanggungjawab, tidak jujur dan degil. Tanya diri sendiri sama anda
sanggup untuk menghabiskan masa anda sehingga ke akhir hayat untuk
menangani masalah ini. Nyata sekali , jika pasangan yang dalam
pertimbangan itu menghadapi masalah dadah, kaki botol dan sebagainya ,
anda sepatutnya memastikan masalah itu telah diselesaikan jauh lebih
awal sebelum perkahwinan anda.
5. BANYAK PENGALAMAN HIDUP
Pemilihan
pasangan hidup melibatkan ramalan tentang bagaimana anda berdua akan
hidup bersama sepanjang tahun tahun akan datang. Pengalaman disini bukan
bermaksud usia .Pengalaman yang dilalui tidak bergantung dengan usia
seseorang. Pengalaman lelaki dan wanita mengharungi susah senang bersama
amat bermakna dalam perhubungan. Jika boleh lalui waktu waktu susah dan
senang bersama pasangan anda. Ambil contoh yang mudah saja ,misalnya
melalui lalu lintas yang sesak, jalan jalan kampung yang becak . Dari
situ , dia akan menunjukkan siapa dirinya yang sebenarnya.
6. BAYANGAN ORANG YANG INGIN ANDA KAHWINI
Bayangan
ini tidak anda sedari pada umumnya , namun ia amat mempengaruhi anda.
Bayangkan dengan jelas sifat-sifat orang yang ingin anda kahwini.
Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang faktor - penampilan,
kepintaran, pendidikan , kerohanian dan sebagainya. Pemikiran bawah
sedar anda boleh menghantui sesuatu hubungan . Berpeganglah pada
bayangan anda ini, jika tidak anda akan menginginkan orang lain buat
selamanya.
7. PASANGAN YANG BERSIFAT SEAKAN AKAN DIRI ANDA
Pasangan
yang mempunyai terlalu banyak perbezaan sifat nya , akan memerlukan
usaha yang lebih untuk memastikan rumahtangga yang dibina kekal bahagia.
Lebih banyak memerlukan toleransi dan pemahaman. Tak ramai pasangan
mampu bertindak sebegini.
8. MEMPUNYAI CITA CITA YANG SEIRING
Jika
orang yang anda kahwini bercita cita jauh lebih rendah atau lebih
tinggi daripada anda, mungkin anda berdua akan kecewa. Masalah akan
timbul jika anda berusaha mendaki puncak kejayaan tetapi pasangan anda
telah berpuas hati dengan apa yang telah anda berdua miliki. Perbezaan
sifat mungkin menarik hati ketika sedang melamar , tetapi ia akan
menyebabkan banyak kekecewaan sepanjang perkahwinan.
9. KEBOLEHAN BERKOMUNIKASI
Kebolehan
berkomunikasi sangat penting demi kebahagian rumah tangga.
Kesejahteraan perkahwinan bergantung kepada tahap komunikasi suami
isteri. Adalah penting kedua dua pasangan menguasai kemahiran bertutur
dan mendengar. Banyak rumah tangga hancur kerana masing masing tidak
pandai menyatakan hasrat masing-masing dengan cara yang boleh diterima
oleh pasangannya. Hasrat dipendam tanpa komunikasi berkesan.
9. KEBOLEHAN MENYELESAIKAN PERTELINGKAHAN
Pasangan
perlu tahu yang mereka berkemampuan untuk menyelesaikan pertelingkahan
sebelum mereka berkahwin. Jika pasangan tidak tahu cara yang berkesan
untuk menangani perselisihan pendapat antara mereka, Rumah tangga
mungkin akan runtuh. Banyak rumah tangga runtuh kerana suami isteri
tidak tahu menangani perbezaan diri mereka berbanding sebab sebab lain.
Amat perlu menilai kemahiran perdamaian masing masing sebelum berkahwin.
P/S
: NO. 1 Tak tahu kajian dilakukan dimana. Rasanya tak semua perkenalan
jangka pendek gagal dan perkenalan jangka panjang berjaya . Kemungkinan
perkenalan jangka panjang lebih banyak berjaya disebabkan peratusan
berkahwinan berdasarkan perkenalan jangka panjang lebih tinggi
berbanding jangka pendek. Tapi kan saya rasa, perkenalan jangka pendek
boleh juga berjaya , asal saja pasangan tersebut sedia menghadapi segala
risikonya, dan redha . Mana mungkin kita boleh mengenali orang
sepenuhnya hanya dalam masa beberapa bulan. Boleh saja tempoh perkenalan
tersebut dilanjutkan sehingga selepas berkahwin. Emm apa- aperpun kita
hendaklah bersedia menghadapi segala kekurangan dan kelebihannya. Sya
rasa, kebanyakan pasangan dahulu kala banyak yang berjaya, bukan la
disebabkan mereka serasi atau pasangan yang ideal tetapi kerana mereka
telah masing masing redha diatas kelebihan dan kekurangan masing masing
walaupun mengetahuinya hanya selepas berkahwin dan bersyukur seadanya.
No comments:
Post a Comment